TAJUK 1 (Laras sains)
Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan kesan negatif. Ulaskan.

Pelajar diminta melengkapkan penulisan esei di atas mengikut perenggan yang telah ditentukan.

‚Äč


Pelajar-pelajar lain boleh menambah isi atau membaiki kesalahan ejaan, struktur ayat atau fakta kawan dengan warna font yang berlainan. Edit dan kemudian mesti SAVE


Cik Yogeish : Warna Merah

Wong Yong Khong: pink

Chang Suet San: Green

Chong Pooi Yee: purple

Kong Poh Yen:Blue



Pengenalan
Alam sekitar didefinisi sebagai semua kehidupan dan bukan kehidupan yang berada di dalam dunia.Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang besar nilainya. Kita sebagai manusia yang memerlukan manfaat alam sekitar yang bersih, perlu untuk menjaganya dan bersifat sensitif. Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah saling bergantung.Ini adalah kerana udara yang dihirup, air bersih dan bermacam lagi kegunaan alam sekitar adalah amat berguna manfaatnya. Jika tidak, mungkin kita akan terdedah kepada bahaya seperti penyakit antaranya denggi, kolera dan sebagainya. Begitu juga keindahan alam sekitar itu memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi negara kita dan kita perlu untuk menarik perhatian mereka. Ini adalah kerana hasil dari pendapatan itu akan dapat menambah lagi sumber kewangan negara. Jika berlaku kemusnahan alam sekitar akan memberi kesan yang amat besar terhadap kehidupan manusia. Ini jelas menunjukkan kepentingan manusia terhadap alam sekitar. Walau demikian manusia telah melakukan aktiviti-aktiviti yang telah mengancam keharmonian alam sekitar. Pada minggu lepas, European Commission telah mengatakan bahawa masalah alam sekitar telah menjadi masalah yang semakin serius, ia telah memberi kesan negatif terhadap sektor-sektor seperti pertanian, perikanan, perkhidmatan, perdagangan dan lain-lain.

Isi 1
Alam sekitar yang tidak bersih akan menjadikan terganggunya kesihatan manusia. Pada hakikatnya,sikap manusia yang mementingkan diri sendiri yang telah mendedahkan mereka sendiri kepada pelbagai penyakit. Contohnya seperti, pembuangan bahan-bahan buangan seperti botol yang mengandungi air akan menggalakkan pembiakan bakteria,tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain.Ini menyebabkan penyebaran kuman-kuman penyakit, secara tidak langsung manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Seterusnya, pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pada masa yang sama, pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.Selain itu,pencemaran udara seperti kebakaran hutan, pembebasan karbon monoksida melalui ekzos kenderaan dan kilang industribukan sahaja mengurangkan kadar penglihatan sekeliling malah menjejaskan sistem pernafasan manusia. Ini kerana gas-gas toksik seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan nitrogen oksida pula akan menyebabkan pendarahan pulmonari. Manakala habuk,asap, kabus,atau wap juga menghalang penglihatan mata manusia.


Isi 2
Hutan merupakan khazanah manusia yang tidak ternilai. Namun aktiviti pembalakan hutan oleh manusia yang tidak terancang dan tidak terkawal untuk tujuan pembinaan tempat tinggal dan kegiatan pertanian telah memusnahkan alam sekitar ini yang tidak ternilai. Aktiviti ini bukan sahaja membawa keburukan kepada manusia, bahkan juga kepada hidupan lain di dunia ini. Secara langsung, ia menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem serta kemusnahan habitat semula jadi flora dan fauna. Pada masa yang sama, ada juga haiwan-haiwan yang mengalami kepupusan manakala manusia juga akan kehilangan tumbuh-tumbuhan yang berfungsi sebagai sumber ubat atau penawar yang berharga ini. Aktiviti pembalakan hutan yang berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan yang penting juga akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan banjir kilat di kawasan hutannya digondolkan. Ini disebabkan pembalakan hutan menyebabkan kehilangan akar-akar besar yang menyerap air terutamanya pada masa hujan. Selain itu, pembalakan hutan juga akan menjejaskan kitaran karbon yang merupakan proses semula jadi pengurangan karbon dioksida di atmosfera sedangkan tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap da pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis. Secara tidak langsung, fenomena pemanasan global akan tertimbul dan mendedahkan kepada masalah peningkatan suhu bumi serta pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan.Peningkatan paras air laut akan berlaku dan pulau kecil pula akan tenggelam. Lama-kelamaan, semua hidupan di dunia akan mengalami kepupusan.




Isi 3
Sikap manusia pada marcapada ini amat dibencikan kerana perbuatan mereka yang suka membuang bahan-bahan buangan,bahan logam, bahan kimia organik dan bukan organik seperti sisa-sisa toksik serta sampah sarap ke dalam sungai.hal ini mengundang banyak kesan negatif kepada manusia seperti menjejaskan pertumbuhan kehidupan akuatik akibat daripada minyak yang terapung di permukaan air menghalang penembusan cahaya matahari dan gas oksigen. Akibatnya kehidupan akuatik akan mati kerana kekurangan oksigen.
Contohnya,pencemaran air-minyak yang terapung di permukaan air menghalang penembusan cahaya matahari dan gas oksigen.Hal ini menyebabkan hidupan aquatik tidak dapat menyerapkan oksigen kemudian mati.Tumbuhan aquatik juga akan mati kerana tidak dapat menyerapkan cahaya untuk meneruskan proses fotosintesis untuk membuat makanan sendiri untuk meneruskan hidupnya.


Isi 4
Permintaan terhadap sumber asli murupakan punca berlakunya pencemaran alam sekitar.Hal ini demikian kerana sisa-sisa industri yang mencemarkan persekitaran telah menyebabkan alam sekitar kita yang bersih terancam.Sebagai contoh,pembakaran tenaga fosil yang mengeluarkan karbon monoksida,nitrogen dioksida dan sulfur dioksida dan penggunaan-penggunaan kimia akan melambatkan tindak balas menyebabkan rasa menyantuk, inflamasi paru-paru dalam manusia. Adakalanya, pelepasan gas kesan rumah hijau daripada kilang seperti gas karbon dioksida, karbon monosida, klorofluorokarbon dan metana akan terkumpul tidak dapat dibebaskan lalu terperangkap dalam atmosfera, secara tidak langsung akan meningkatkan suhu bumi. Selain itu,pelepasan gas dari industri yang mengandungi berbagai-bagai jenis pencemaran air termasuk bahan organik dan bahan kimia seperti logam-logam berat dan kompaun yang tidak boleh dibiodegrasikan juga mempunyai kesan yang ketara ke atas kesihatan manusia dalam jangka masa panjang.
Kesimpulan
Kesimpulannya, jika langkah-langkah segera tidak diambil, kehidupan manusia di bumi akan mengalami kehancuran. Kerosakan alam sekitar menyebabkan kerugian bukan sahaja terhadap manusia, tetapi semua hidupan atas bumi. Malahan, kesan-kesan negatif ini tidak dapat dibaiki dalam masa yang singkat. Justeru itu, generasi muda perlu bersikap positif dalam mengorak langkah ke arah ini. Pelbagai badan sukarela dan bukan kerajaan perlu berusaha dan bekerjasama dengan kerajaan dalam menangani masalah ini. Manusia harus mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengatasi masalah itu. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang yang tegas, perubahan sikap dalam kehidupan harian, penyelidikan-penyelidikan, kempen, dan lain-lain. Pihak berkuasa juga harus lebih tegas dalam menangani isu ini supaya pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Sematkan di jiwa bahawa bumi ini anugerah Tuhan, hendaklah dijaga rapi ke akhir zaman.