Chin Yee Seong:Jingga
Khoo Kay Hoo: Biru
Ng Pao Tyon: Hijau
Harisuthen: Hitam

Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistemewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari luar dan dalam memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan.Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Persoalannya, apakah kebaikan yang diperoleh negara dalam usaha mempromosikan negara yang kita cintai ini, iaitu Malaysia kepada pelancong dari luar negara.

Isi 1
Satu daripada kebaikan sektor pelancongan negara ialah kita dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seluruh dunia. Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan “Malaysia Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima.

Seterusnya, sektor pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar terpaksa menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan mahupun di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.


Isi 2
Sektor pelancongan dapat memajukan industri kraftangan di Malaysia. Barangan kraftangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraftangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli-belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, dan lain-lain sebagai buah tangan buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraftangan tempatan.
Sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan songket boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.


Isi 3
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan ekonomi pelancongan adalah dengan membina prasarana yang maju. Seperti tempat tinggal hotel dan chalet, tandas, jalan pengangkutan, bekalan elektrik dan bekalan air. Dengan ini, masalah yang sering dihadapi oleh pelancong iaitu masalah system pengangkutan yang sesak, yang menyebabkan para pelancong berasa tidak gembira dapat diselesaikan. Selain itu, pembinaan chalet di tempat-tempat perdalaman dapat memberi peluang kepada para pelancong untuk merasai kehidupan hidup di kawasan perdalaman.

Para pelancong bukan sahaja datang ke Negara kita untuk melawat dan merasai kehidupan di sini. Malah mereka juga melancong ke Negara kita untuk membeli-belah barang- barang yang tidak terdapat di Negara mereka seperti sambal belacan and tempoyak.

Tambahan pula, Negara kita harus meningkatkan tahap keselamatan di Negara kita supaya mereka dapat berasa selamat untuk melancong disini.Contohnya di Israel, kebanyakan pelancong tidak berani untuk melancong ke Negara itu kerana selalu berlakunya peperangan di Negara tersebut.

Isi4

Selain itu,kita haruslah mengekalkan keindahan semulajadi yang terdapat di negara ini.Malaysia terdapat banyak hutan menarik yang di penuhi flora dan fauna.Para pelancong bukan sahaja hanya ingin melancong tetapi ingin menenangkan fikiran mereka.justeru adalah tanggungjawab kita untuk mengekalkan alam ini.

Disamping itu,ada yang melancong untuk tujuan menambahkan ilmu pengetahuan,terutamanya golongan pelajar.kerajaan haruslah mengiktirafkan tempat-tempat yang bersejarah untuk meningkatkan ekonomi pelancongan.

Seterusnya,kita perlu mengekalkan kebersihan negara kita.Terutamanya di kawasan pantai.seseorang pelancong biasanya ingin hilangkan tekanan dan ingin berhibur.kawasan pantai merupakan tempat yang sesuai.jika kawasan ini tidak bersih,ini boleh menjejaskan sektor pelancongan.

Kesimpulan:
Akhir kata, industri pelancongan banyak memberikan sumbangan yang besar terutama dari
segi ekonomi kepada negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan
tebing untuk mempromosikan Malaysia di seluruh dunia.